Tuesday, July 13, 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KEDUA

Sepak raga, permainan tradisonal Melayu yang paling terkenal antara budaya Melayu. Ramai orang melayu suka bermain sepak raga kerana permainan ini tidak menggunakan tangan tetapi sebaliknya mengguna kaki. Pada mereka, mengguna kaki amat mencabar apabila bermain dan inilah timbul minat orang-orang melayu pada sepak raga. Sepak raga boleh dimain secara ramai. Kini, sepak takraw dimain oleh seantero dunia. Ramai budaya-budaya lain yang ingin bermain dan mempelajari tentang sepak takraw. Pertandingan sepak takraw kini diadakan di kalangan orang-orang asia. Sepak takraw ini dimain berkumpulan. Setiap kumpulan harus berada lima orang. Tiga orang akan bermain dan dua orang akan menjadi pengganti mereka jika permain mereka cedera. Permainan ini sama dengan sukan-sukan yang lain. Jika kita menang, kita akan dapat ganjarannya. Berusahalah jika anda mahu memenangi pertandingan sepak takraw. Sekarang, sepak takraw bukan sahaja terkenal di kalangan remaja tetapi juga terkenal juga di kalangan orang-orang dewasa. Mereka juga suka bermain sepak takraw kerana mengamalkan gaya hidup yang sihat..

Monday, July 12, 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI PERTAMA

Permainan Tradisional


Perasaan saya tentang budaya Melayu ialah saya ingin tahu banyak tentang budaya Melayu seperti permainan tradisional. Saya minat dengan permainan budaya Melayu seperti sepak raga, congkak, gasing, chapteh, batu seremban dan guli. Kesemua permainan-permainan ini amat menarik sekali bagi saya. Saya tahu bagaimana hendak bermain sepak raga,congkak,gasing,chapteh dan batu seremban. Tetapi saya ingin tahu bagaimana hendak bermain guli. Dan hendak tahu lebih tentang permainan tradisional.

Tuesday, July 6, 2010

Budaya Melayu


Saya rasa yang budaya Melayu amat penting bagi setiap orang Melayu. Saya ingin tahu banyak tentang budaya Melayu. Banyak benda yang saya tidak tahu tentang budaya melayu terkini. Saya sebenarnya minat tentang-tentang budaya melayu ini. Saya ingin tahu lebih dalam lagi tentang budaya melayu kita. Seperti tarian melayu, muzik Melayu, makanan Melayu dan adat-adat sebagai orang Melayu. Saya berharap saya dapat mempelajari banyak lagi tentang budaya Melayu.



Monday, March 30, 2009

Cara-cara menjadi pengguna blog yang bertanggungjawab

Sebagai pengguna blog yang bertanggungjawab. Kita harus pandai menggunakannya dengan berhati-hati. Kita harus menggunakannya untuk membuat perkara yang baik. Blogger juga adalah tempat untuk kita membuat kawan dengan lebih dekat lagi. Di dalam blog, ada yang positif dan ada juga yang negatif. Inilah yang akan diketengahkan nanti.


Pada yang positif, kita boleh membuat ramai kawan di dalam blog. Macam-macam kawan boleh kita berteman. Blog juga boleh menceriakan anda. Seperti bermain permainan blog, membaca tentang kehidupan teman-teman kita di blog lain, membuat kajian atau kerja sekolah di dalam blog kita. Kita juga boleh menceritakan tentang diri kita

sendiri. Biar orang luar tahu tentang diri kehidupan kita. Di dalam blog, kita boleh peribadikan blog kita sendiri. Berbagai corak latar belakang yang boleh kita dapati yang boleh mengubah blog anda dengan lebih cantik lagi. Pada yang negatif nya, kita tidak harus menganiayai teman kita setelah membaca blog mereka. Itu boleh membawa satu pergaduhan yang besar. Orang yang dianiayai akan terasa tersiksa dan malu pada rakan nya yang lain. Itu boleh membawa maut kerana mereka akan membuat apa sahaja seperti menerjun diri, gantung diri dan sebagainya akibat kemaluan dan siksaan yang dialaminya. Yang lagi satu, di dalam blog, kita mempunyai macam-macam kawan. Ada yang baik dan ada juga yang jahat. Itulah negatif tentang blog ini.


Dengan itulah kita harus hati-hati