Dikir Barat
Dikir barat adalah seni yang masih lagi digemari oleh masyarakat Melayu di Singapura. Selalunya, dalam sebuah kumpulan dikir barat terdapat dalam 18 hingga 21 orang. Biasanya, satu kumpulan itu akan diketuai oleh seorang Tukang karut dan Tok Juara. Lalu, Tukang karut dan Tok Juara akan mendahului nyanyian sambil berbalas pantun dan ia akan diikuti oleh awok-awok sebagai suara latar dengan suara yang kuat dan lantang dengan jelas. Bagaimanapun, dikir barat bukan sekadar membuat persembahan yang menghiburkan tetapi, ia juga terdapat pelbagai pertandingan. Sebagai contoh, 'Mega Perdana 2010' yang baru sahaja berakhir. Tidak lupa juga, dalam sebuah kumpulan dikir barat, mereka harus ada pahluan supaya mereka boleh memainkan pantun atau lagu mereka. Dalam pahluan, selalunya ada ibu rebana, anak rebana, gong dan canang. Dengan itu, Tok Juara akan menyanyikan lagunya terlebih dahulu. Kini, barulah si Tukang karut akan megarut dalam bentuk pantun atau syair seperti, yengki, kelantan, pattani, matang dan akhirnya wau bulan. Pada pendapat saya, Tok Juara lebih mudah kerjanya tidak seperti Tukang karut yang harus menghafal semua liriknya.
No comments:
Post a Comment