Monday, July 26, 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KESEMBILAN


Dikir Barat


Dikir barat adalah seni yang masih lagi digemari oleh masyarakat Melayu di Singapura. Selalunya, dalam sebuah kumpulan dikir barat terdapat dalam 18 hingga 21 orang. Biasanya, satu kumpulan itu akan diketuai oleh seorang Tukang karut dan Tok Juara. Lalu, Tukang karut dan Tok Juara akan mendahului nyanyian sambil berbalas pantun dan ia akan diikuti oleh awok-awok sebagai suara latar dengan suara yang kuat dan lantang dengan jelas. Bagaimanapun, dikir barat bukan sekadar membuat persembahan yang menghiburkan tetapi, ia juga terdapat pelbagai pertandingan. Sebagai contoh, 'Mega Perdana 2010' yang baru sahaja berakhir. Tidak lupa juga, dalam sebuah kumpulan dikir barat, mereka harus ada pahluan supaya mereka boleh memainkan pantun atau lagu mereka. Dalam pahluan, selalunya ada ibu rebana, anak rebana, gong dan canang. Dengan itu, Tok Juara akan menyanyikan lagunya terlebih dahulu. Kini, barulah si Tukang karut akan megarut dalam bentuk pantun atau syair seperti, yengki, kelantan, pattani, matang dan akhirnya wau bulan. Pada pendapat saya, Tok Juara lebih mudah kerjanya tidak seperti Tukang karut yang harus menghafal semua liriknya.

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KELAPAN

Silat


Silat, adalah seni mempertahankan diri orang Melayu kita sejak zaman dahulu lagi. Silat direka kerana supaya kita sebagai orang Melayu dapat mempertahan kan diri daripada keganasan. Silat bukanlah untuk kita menggunakan untuk memukul orang tetapi disebaliknya untuk mempertahankan diri kita sendiri. Pada zaman dahulu di Singapura, orang Melayu kita menggunakan silat untuk mempertahan kan diri mereka daripada jepun. Kini, silat masih ada di kalangan kita. Silat juga dipelajari oleh ramai kanak-kanak sekarang untuk mempertanhan diri mereka sendiri waktu mereka besar nanti.

Tuesday, July 20, 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KETUJUH


Permainan Wau


Wau, permainan tradisional Melayu yang terkenal pada kalangan orang-orang dewasa. Permainan wau ini dimain sama seperti permainan layang-layang. Ia dimain secara individual. Permainan wau ini harus dimain di tempat yang luas dan lebar supaya waunya tidak tersangkut dimana-mana seperti pokok dan bumbung. Permainan ini gemar dimain oleh orang-orang dewasa pada zaman dahulu. Kini, wau jarang dimain, layang-layang pula diambil perhatian terhadap orang ramai. Dan layang layang bukan sahaja dimain oleh orang dewasa malah budak-budak kecil juga suka bermain permainan layang-layang ini.

Monday, July 19, 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KEENAM

Permainan Teng Teng


Permainan tengteng ini adalah permainan tradisional Melayu yang terkenal pada kalangan Melayu. Permainan ini gemar dimain oleh kaum perempuan Melayu. Mereka selalu bermain permainan ini secara ramai bergilir-gilir. Permainan tengteng ini atau dikenali sebagai ketingting masih lagi dimain oleh kaum-kaum kita. Malah kaum-kaum lain pun juga minat pada permainan tengteng ini. Kini bukan sahaja orang-orang melayu yang bermain permainan ini, malah, orang-orang seperti cina dan india gemar bermain permainan tradisional tengteng ini.

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KELIMA


Permainan Chapteh

Chapteh, permainan yang terkenal juga pada kalangan orang-orang Melayu. Kini sudah tidak ramai orang yang berminat untuk bermain permainan chapteh ini. Semakin lama,permainan ini tidak dimain kan oleh orang Melayu kita. Tetapi sebenarnya, chapteh ini adalah permainan yang jugak menarik sekali. Ia sama seperti sepak raga, ia dimain menggunakan kaki. Amat mencabar tapi menarik. Permainan ini boleh dimain secara berkumpulan menimbang chapteh itu sehingga ia jatuh. Chapteh berbentuk seperti bulu burung dan ia digemari oleh orang-orang Melayu pada zaman dahulu.

Thursday, July 15, 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010-ENTRI KEEMPAT


Permainan Congkak

Permainan congkak ini adalah permainan tradisional Melayu yang terkenal pada kalangan orang wanita. Permainan ini dimain oleh dua orang secara bergilir-gilir. Permainannya amat mudah dimain dan juga menarik sekali. Kini, permainan tradisional congkak ini masi dimain oleh anak-anak Melayu. Dan ramai anak-anak lelaki Melayu gemar bermain permainan congkak sekarang.

Wednesday, July 14, 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010-ENTRI KETIGA


Permainan gasing


Permainan gasing adalah permainan tradisional orang Melayu. Permainan ini boleh dimain oleh ramai orang. Sekurang-kurangnya sepuluh orang boleh bertanding apabila bermain permainan gasing. Permainan ini sungguh menarik dan amat mencabar bagi orang-orang Melayu. Cara mainnya agak mudah jika kita belajar dengan teliti. Permainannya dimain sebegini, peserta akan campakkan gasing itu dan gasing yang paling lama berpusing akan memenangi permainan itu. Gasing amat terkenal pada kalangan budak-budak kecil pada zaman dahulu. Kini, tidak ramai budak Melayu yang bermain permainan gasing. Mereka lebih bermain permainan teknologi seperti computer,psp dan xbox. Dan gasing sudah diendahkan setelah permainan baru seperti beyblade diadakan. Dan gasing tidak terkenal lagi dalam kalangan budak-budak melayu terkini.

Tuesday, July 13, 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KEDUA

Sepak raga, permainan tradisonal Melayu yang paling terkenal antara budaya Melayu. Ramai orang melayu suka bermain sepak raga kerana permainan ini tidak menggunakan tangan tetapi sebaliknya mengguna kaki. Pada mereka, mengguna kaki amat mencabar apabila bermain dan inilah timbul minat orang-orang melayu pada sepak raga. Sepak raga boleh dimain secara ramai. Kini, sepak takraw dimain oleh seantero dunia. Ramai budaya-budaya lain yang ingin bermain dan mempelajari tentang sepak takraw. Pertandingan sepak takraw kini diadakan di kalangan orang-orang asia. Sepak takraw ini dimain berkumpulan. Setiap kumpulan harus berada lima orang. Tiga orang akan bermain dan dua orang akan menjadi pengganti mereka jika permain mereka cedera. Permainan ini sama dengan sukan-sukan yang lain. Jika kita menang, kita akan dapat ganjarannya. Berusahalah jika anda mahu memenangi pertandingan sepak takraw. Sekarang, sepak takraw bukan sahaja terkenal di kalangan remaja tetapi juga terkenal juga di kalangan orang-orang dewasa. Mereka juga suka bermain sepak takraw kerana mengamalkan gaya hidup yang sihat..

Monday, July 12, 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI PERTAMA

Permainan Tradisional


Perasaan saya tentang budaya Melayu ialah saya ingin tahu banyak tentang budaya Melayu seperti permainan tradisional. Saya minat dengan permainan budaya Melayu seperti sepak raga, congkak, gasing, chapteh, batu seremban dan guli. Kesemua permainan-permainan ini amat menarik sekali bagi saya. Saya tahu bagaimana hendak bermain sepak raga,congkak,gasing,chapteh dan batu seremban. Tetapi saya ingin tahu bagaimana hendak bermain guli. Dan hendak tahu lebih tentang permainan tradisional.

Tuesday, July 6, 2010

Budaya Melayu


Saya rasa yang budaya Melayu amat penting bagi setiap orang Melayu. Saya ingin tahu banyak tentang budaya Melayu. Banyak benda yang saya tidak tahu tentang budaya melayu terkini. Saya sebenarnya minat tentang-tentang budaya melayu ini. Saya ingin tahu lebih dalam lagi tentang budaya melayu kita. Seperti tarian melayu, muzik Melayu, makanan Melayu dan adat-adat sebagai orang Melayu. Saya berharap saya dapat mempelajari banyak lagi tentang budaya Melayu.