Sebagai pengguna blog yang bertanggungjawab. Kita harus pandai menggunakannya dengan berhati-hati. Kita harus menggunakannya untuk membuat perkara yang baik. Blogger juga adalah tempat untuk kita membuat kawan dengan lebih dekat lagi. Di dalam blog, ada yang positif dan ada juga yang negatif. Inilah yang akan diketengahkan nanti.
Pada yang positif, kita boleh membuat ramai kawan di dalam blog. Macam-macam kawan boleh kita berteman. Blog juga boleh menceriakan anda. Seperti bermain permainan blog, membaca tentang kehidupan teman-teman kita di blog lain, membuat kajian atau kerja sekolah di dalam blog kita. Kita juga boleh menceritakan tentang diri kita
sendiri. Biar orang luar tahu tentang diri kehidupan kita. Di dalam blog, kita boleh peribadikan blog kita sendiri. Berbagai corak latar belakang yang boleh kita dapati yang boleh mengubah blog anda dengan lebih cantik lagi. Pada yang negatif nya, kita tidak harus menganiayai teman kita setelah membaca blog mereka. Itu boleh membawa satu pergaduhan yang besar. Orang yang dianiayai akan terasa tersiksa dan malu pada rakan nya yang lain. Itu boleh membawa maut kerana mereka akan membuat apa sahaja seperti menerjun diri, gantung diri dan sebagainya akibat kemaluan dan siksaan yang dialaminya. Yang lagi satu, di dalam blog, kita mempunyai macam-macam kawan. Ada yang baik dan ada juga yang jahat. Itulah negatif tentang blog ini.
Dengan itulah kita harus hati-hati